Sunday, April 18, 2010

KOPERASI PEWARIS KUALA LUMPUR BERHAD

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI PEWARIS KUALA LUMPUR BERHAD
( dalam penubuhan ) telah berjaya dijalankan dengan lancar.

Majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Paduka Ayahanda Hj Abdul Malek bin Hj Ranting yang turut dihadiri oleh wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu Puan Yap.

Dalam ucapan perasmian oleh Dato’ Paduka, antaranya ia telah mengucapkan syabas kepada jawatankuasa penaja kerana telah berjaya dalam proses penubuhan koperasi ini. Beliau juga telah memberikan nasihat yang amat berguna kepada ahli-ahli serta dorongan dan kata-kata semangat kepada ahli-ahli untuk meningkatkan taraf ekonomi.

Senarai lembaga pengarah yang telah terpilih adalah seperti berikut :-

1. Ayahanda Latif Tmn Melati - Pengerusi
2. Ayahanda Hj Zul Air Panas - Bendahari
3. Kekanda Shukri - Setiausaha
4. Ayahanda Budin BA
5. Ayahanda Pak Ya
6. Ayahanda Mat Naza
7. Kekanda Azhar YB
8. Abang Dolah 200
9. Puan Rozita

Semoga ahli lembaga pengarah yang telah dilantik ini menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh telus ikhlas.

Syabas, semoga berjaya.

"Memperjuangkan Ketuanan Melayu bermaksud menaikkan martabat orang Melayu, supaya ia menjadi satu bangsa yang kuat, maju, bersatu dan disegani."


*** maklumat lanjut akan dikemaskini kemudian.

Tuesday, March 23, 2010

NOTIS MESYUARAT KOPERASI PEWARIS KUALA LUMPUR

KOPERASI PEWARIS KUALA LUMPUR

Assalamualaikum kepada semua jemaah,

Dengan penuh kesyukuran atas limpah nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan dan dengan berkat usaha gigih para pemimpin Pewaris Malaysia Daerah Wangsa Maju Koperasi Pewaris Kuala Lumpur telah Berjaya didaftarkan dan mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia baru-baru ini.

Mesyuarat yang pertama kali akan diadakan seperti berikut :-

Tempat : Dewan Dataran Orang Ramai Taman Melati

Tarikh : 18hb April 2010/ Ahad

Masa : 11.00 pagi

Semua ahli-ahli dijemput hadir.


Terima Kasih.

Monday, March 22, 2010

MAJLIS PELANCARAN PEWARIS MALAYSIA KELANTAN



Paduka Ayahada telah menghadiri majlis Pelancaran Pewaris Malaysia peringkat negeri Kelantan & sambutan Maulidur Rasul pada 13 March 2010.

Semoga perjuangan Paduka Ayahanda-ayahanda diberkati Allah untuk mencapai matlamat.

Sunday, March 21, 2010

TUJUAN DAN MATLAMAT PERTUBUHAN

Antara Tujuan dan Matlamat penubuhan adalah seperti berikut :

1. Menjaga dan memelihara lain-lain hal berkaitan kepentingan agama Islam bangsa Melayu tanpa menjejaskan antara agama-agama lain.

2. Menjaga kepentingan dan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan agama Islam,pendidikan, politik , Sosial dan ekonomi dan hak bangsa Melayu di Malaysia tanpa menjejaskan hak kaum lain.

3. Menjaga adat resam dan peradaban bangsa Melayu selagi ianya tidak bertentangan dengan agama Islam.

4. Menjaga dan memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia.

5. Mengumpul dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli khususnya dan bangsa Melayu amnya melalui Aktiviti suaimanfaat.

Saturday, March 20, 2010

TUJUH WASIAT RAJA MELAYU




Bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli yang maha Mulia Sembilan pemerintah dari empat “Negeri Melayu Bersekutu” dan Lima “Negeri Melayu Tidak Bersekutu” telah memberikan perkenan menurunkan tandatangan persetujuan kepada pembetukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU.

1 KAMI namakan dan kami panggil akan Dia, Bumi yang kamu pijak dan Langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

2. KAMI isytiharkan dan KAMI simpan untuk kamu dan KAMI benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu selain gunung ganang, tasik, hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama- sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu KAMI serta harta milik kamu, KAMI tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.

4. KAMI kekalkan dan KAMI jamin Kerajaan dan KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini.

5. KAMI isytihar ISLAM adalah Agama Persekutuan.

6. KAMI tetapkan Bahasa Kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

7. KAMI amanahkan dan KAMI pertanggungjawabkan kepada RAJA RAJA MELAYU untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan kepentingan sah kaum kaum lain.

Friday, March 19, 2010

MAJLIS PENERIMAAN WATIKAH 2009

Majlis penyampaian watikah kepada ayahanda-ayahanda yang telah dilantik dan diberi kepercayaan sebagai pemimpin jemaah bagi setiap kawasan masing-masing.


Ayahanda Megat


Ayahanda Mat BBS.


Ayahanda Zul Air Panas.


Kekanda Shukri. ( menyampaikan cenderahati kepada Paduka Ayahanda ).


Ayahanda Osman.


Ayahanda Latip.


Ayahanda Bani


Ayahanda Mahmud.


Ayanhanda Bedul.





Ayahanda Pak Ya.


Ayahanda Mat Misai.


Ayahanda Mat Naza.


Ayahanda Budin BA.

Thursday, March 18, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Pewaris Malaysia Wangsa Maju telah mengadakan satu majlis jamuan hari raya pada 18hb October 2009 yang diadakan di Dewan Orang ramai , Taman Melati , Kuala Lumpur yang telah dihadiri lebih 3,000 jemaah yang berlangsung dengan penuh kemeriahan.

Ianya turut diserikan dengan persembahan nyayian lagu-lagu dari kumpulan nasyid yang dibawa khas oleh Ayahanda Awie, pertunjukan silat Gayong serta menjamu selera dengan jamuan makanan yang enak-enak dengan kehadiran anak-anak yatim dari rumah anak yatim Belaian Kasih, Ukay Perdana. Majlis diakhiri dengan pemberian duit raya dan sedikit sagu hati kepada anak-anak yatim.

Kehadiran terdiri dari ahli-ahli beberapa pertubuhan yang telah sudi hadir pada hari tersebut. Alhamdulillah majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya serta penuh semangat kekeluargaan dan silatrurrahim yang sungguh erat.

Terima kasih kepada semua jemaah yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut.








































BARISAN KEPIMPINAN PEWARIS MALAYSIA PUSAT


DATO' PADUKA HJ AB MALEK BIN HJ RANTING
YANG DIPERTUA PENGASAS MUDA MERANGKAP PRESIDEN PEWARIS MALAYSIA



DATO' SERI JAAFAR BIN HAJI SHAARI
YANG DIPERTUA PENGASAS UTAMA PEWARIS MALAYSIA



YBHG HAJI ABD MALEK BIN HJ OMAR,
YANG DIPERTUA PENGASAS AM PEWARIS MALAYSIA

PEMAHAMAN PENULIS BERKAITAN KETUANAN MELAYU

KETUANAN MELAYU

Ketuanan Melayu adalah sebuah slogan yang berbentuk patriotisme.

Maksud Ketuanan Melayu ada- lah lebih mirip kepada Malay Dominance . Ia kerap dilaungkan dengan lantang kerana Melayu tidak dominan di dalam sektor ekonomi, kerjaya, pendidikan dan juga politik. Statistik yang menunjukkan bahawa pendapatan seisi rumah keluarga Melayu merupakan yang terendah antara ketiga-tiga kaum. Pelajar-pelajar Melayu yang unggul semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak cemerlang di peringkat universiti. Bahkan, di sektor yang sepatutnya ditunjangi oleh Melayu seperti Perbankan Islam dan Hub Halal, Melayu sudah ketinggalan.

Kita tidak mahu melihat bangsa Melayu yang merupakan bangsa paling dominan dari segi bilangannya di negara tercinta ini, hanya menjadi dominan di dalam "sektor" yang menghasilkan Mat Rempit, penagih dadah, keciciran sekolah, pengangguran, bohsia, muflis, kemiskinan tegar dan akhir sekali, perpecahan antara satu sama lain.

MELAYU HARI INI.

MENGEMIS /MEREMPAT DIBUMI SENDIRI.

HARTA YANG ADA MILIK ORANG.

KUASA YANG ADA UNTUK TONTONAN.

JASAD YANG ADA MENJADI DAGANGAN.

PARA PEMIMPIN MELAYU TIDAK MEMPERDULIKAN NASIB BANGSA MELAYU.

MARUAH MELAYU TERCABAR.

Ketuanan bukan bermaksud antara tuan dan hamba sebaliknya ia menunjukkan siapa lebih berhak ke atas sesuatu perkara. Perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu adalah simbol dan untuk mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu. Mempertahankan ketuanan Melayu merupakan mempertahankan asas-asas Perlembagaan Negara.

Dengan runtuhnya sistem beraja, maka kedudukan agama Islam akan hanya setaraf dengan agama lain, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan juga akan turut terkubur bersama matinya sistem beraja di negara kita. Begitu juga nasib yang akan menimpa bahasa Melayu. Ini semua akan berlaku dan jadilah negara kita sebagai sebuah negara republik yang tidak mempunyai agama rasmi, tidak mempunyai hak istimewa orang Melayu dan tidak mendaulatkan bangsa Melayu.

Orang Melayu tidak akan merelakan raja mereka dinafikan haknya, ketuanan Melayu tidak diberi tempat, agama Islam tidak menjadi agama rasmi negara lagi. Bagi orang Melayu Islam itu agama mereka dan mesti menjadi agama rasmi negara. Raja dijunjung demi mempertahankan agama Islam.

Memperjuangkan Ketuanan Melayu bermaksud menaikkan martabat orang Melayu, supaya ia menjadi satu bangsa yang kuat, maju, bersatu dan disegani.