Thursday, March 18, 2010

PEMAHAMAN PENULIS BERKAITAN KETUANAN MELAYU

KETUANAN MELAYU

Ketuanan Melayu adalah sebuah slogan yang berbentuk patriotisme.

Maksud Ketuanan Melayu ada- lah lebih mirip kepada Malay Dominance . Ia kerap dilaungkan dengan lantang kerana Melayu tidak dominan di dalam sektor ekonomi, kerjaya, pendidikan dan juga politik. Statistik yang menunjukkan bahawa pendapatan seisi rumah keluarga Melayu merupakan yang terendah antara ketiga-tiga kaum. Pelajar-pelajar Melayu yang unggul semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak cemerlang di peringkat universiti. Bahkan, di sektor yang sepatutnya ditunjangi oleh Melayu seperti Perbankan Islam dan Hub Halal, Melayu sudah ketinggalan.

Kita tidak mahu melihat bangsa Melayu yang merupakan bangsa paling dominan dari segi bilangannya di negara tercinta ini, hanya menjadi dominan di dalam "sektor" yang menghasilkan Mat Rempit, penagih dadah, keciciran sekolah, pengangguran, bohsia, muflis, kemiskinan tegar dan akhir sekali, perpecahan antara satu sama lain.

MELAYU HARI INI.

MENGEMIS /MEREMPAT DIBUMI SENDIRI.

HARTA YANG ADA MILIK ORANG.

KUASA YANG ADA UNTUK TONTONAN.

JASAD YANG ADA MENJADI DAGANGAN.

PARA PEMIMPIN MELAYU TIDAK MEMPERDULIKAN NASIB BANGSA MELAYU.

MARUAH MELAYU TERCABAR.

Ketuanan bukan bermaksud antara tuan dan hamba sebaliknya ia menunjukkan siapa lebih berhak ke atas sesuatu perkara. Perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu adalah simbol dan untuk mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu. Mempertahankan ketuanan Melayu merupakan mempertahankan asas-asas Perlembagaan Negara.

Dengan runtuhnya sistem beraja, maka kedudukan agama Islam akan hanya setaraf dengan agama lain, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan juga akan turut terkubur bersama matinya sistem beraja di negara kita. Begitu juga nasib yang akan menimpa bahasa Melayu. Ini semua akan berlaku dan jadilah negara kita sebagai sebuah negara republik yang tidak mempunyai agama rasmi, tidak mempunyai hak istimewa orang Melayu dan tidak mendaulatkan bangsa Melayu.

Orang Melayu tidak akan merelakan raja mereka dinafikan haknya, ketuanan Melayu tidak diberi tempat, agama Islam tidak menjadi agama rasmi negara lagi. Bagi orang Melayu Islam itu agama mereka dan mesti menjadi agama rasmi negara. Raja dijunjung demi mempertahankan agama Islam.

Memperjuangkan Ketuanan Melayu bermaksud menaikkan martabat orang Melayu, supaya ia menjadi satu bangsa yang kuat, maju, bersatu dan disegani.

No comments:

Post a Comment