Saturday, March 20, 2010

TUJUH WASIAT RAJA MELAYU




Bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli yang maha Mulia Sembilan pemerintah dari empat “Negeri Melayu Bersekutu” dan Lima “Negeri Melayu Tidak Bersekutu” telah memberikan perkenan menurunkan tandatangan persetujuan kepada pembetukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU.

1 KAMI namakan dan kami panggil akan Dia, Bumi yang kamu pijak dan Langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

2. KAMI isytiharkan dan KAMI simpan untuk kamu dan KAMI benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu selain gunung ganang, tasik, hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama- sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu KAMI serta harta milik kamu, KAMI tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.

4. KAMI kekalkan dan KAMI jamin Kerajaan dan KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini.

5. KAMI isytihar ISLAM adalah Agama Persekutuan.

6. KAMI tetapkan Bahasa Kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

7. KAMI amanahkan dan KAMI pertanggungjawabkan kepada RAJA RAJA MELAYU untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan kepentingan sah kaum kaum lain.

No comments: