Sunday, April 18, 2010

KOPERASI PEWARIS KUALA LUMPUR BERHAD

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI PEWARIS KUALA LUMPUR BERHAD
( dalam penubuhan ) telah berjaya dijalankan dengan lancar.

Majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Paduka Ayahanda Hj Abdul Malek bin Hj Ranting yang turut dihadiri oleh wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu Puan Yap.

Dalam ucapan perasmian oleh Dato’ Paduka, antaranya ia telah mengucapkan syabas kepada jawatankuasa penaja kerana telah berjaya dalam proses penubuhan koperasi ini. Beliau juga telah memberikan nasihat yang amat berguna kepada ahli-ahli serta dorongan dan kata-kata semangat kepada ahli-ahli untuk meningkatkan taraf ekonomi.

Senarai lembaga pengarah yang telah terpilih adalah seperti berikut :-

1. Ayahanda Latif Tmn Melati - Pengerusi
2. Ayahanda Hj Zul Air Panas - Bendahari
3. Kekanda Shukri - Setiausaha
4. Ayahanda Budin BA
5. Ayahanda Pak Ya
6. Ayahanda Mat Naza
7. Kekanda Azhar YB
8. Abang Dolah 200
9. Puan Rozita

Semoga ahli lembaga pengarah yang telah dilantik ini menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh telus ikhlas.

Syabas, semoga berjaya.

"Memperjuangkan Ketuanan Melayu bermaksud menaikkan martabat orang Melayu, supaya ia menjadi satu bangsa yang kuat, maju, bersatu dan disegani."


*** maklumat lanjut akan dikemaskini kemudian.